Adalah amat penting untuk seorang penjual dan pembeli mengetahui harga pasaran atau market value rumah berdasarkan nilai semasa. Ini sangat penting bagi mengelakkan kerugian dan memastikan harga jualan rumah yang kompetitif. Melalui harga pasaran ini, ia akan dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk membeli rumah atau menetapkan harga rumah yang ingin dijual.
Selain itu harga pasaran rumah sangat penting adalah kerana, pihak bank hanya akan meluluskan pinjaman berdasarkan melalui nilai pasaran semasa. Sebagai contoh, Harga pasaran rumah tersebut adalah RM300000. Tetapi anda ingin jual pada harga RM400000. Bank hanya akan luluskan pinjaman RM300000 pada potential buyer rumah anda.
Ini bermakna bakal pembeli perlu menyediakan tunai:
Deposit: 10% x RM300K = RM30K
Topup: RM400K-RM300K=RM100K
Total Tunai = Deposit + Topup = RM130K
Ya bakal pembeli perlu menyediakan sekurang kurangnya tunai RM130K. Dan sudah pasti keadaan ini akan membebankan bakal pembeli seterusnya akan menyebabkan rumah anda lambat dijual dalam tempoh masa yang lama.
Dimana nak semak harga rumah?
Harga pasaran rumah boleh disemak di Jabatan Penilaian Harta. Selain itu harga rumah boleh disemak melalui Agen Hartanah yang berdaftar.
Saya ada membuat perkhidmatan untuk menyemak harga rumah secara percuma. Butiran yang perlu anda sediakan adalah seperti berikut.
- Alamat penuh rumah
- Jenis rumah
- Keluasan rumah
- Butiran ubahsuai (jika ada)
- Email address anda
Sila whatsapp butiran tersebut dengan dengan menekan link di bawah

