Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan
pihak lain selepas pemaju. Atau kita boleh anggap macam beli rumah 2nd hand,
3rd hand dan seterusnya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu cara untuk membeli rumah subsales. Proses untuk membeli rumah subsale adalah seperti berikut:
STEP 1 : Semak kelayakan pinjaman bank untuk perumahan.
Anda boleh semak dengan pegawai bank. Atau kalau nak tahu
anggaran kasar boleh pergi ke laman web imoney.com. Melalui laman web tersebut
jumlah installment akan diberikan mengikut bank yang berbeza. Jadi ia akan
memudahkan anda untuk membuat anggaran. Dan yang paling penting pastikan anda
bersih dari record CCRiSS ( Hutang). Bank tak kan luluskan pinjaman anda kalau
ada record CCRIS. Make sure hutang bayar cantik tau termasuk lah hutang PTPTN.
STEP 2: Kenalpasti Rumah atau Hartanah yang hendak dibeli
Pastikan harga dan size rumah bersesuain dengan harga.
Kedudukan rumah yang strategik dan saiz rumah juga akan mempengaruhi harga
rumah. Jadi pastikan anda membuat pertimbangan dengan teliti.
STEP 3: Hubungi Ejen Untuk Membuat Viewing.
Viewing adalah proses “site visit” untuk meninjau keadaan
rumah. Set tarikh dengan ejen untuk tengok keadaan dalam rumah dengan segera.
Ini bagi memastikan anda tidak terlepas peluang membeli rumah idaman anda.
Tambah-tambah lagi kalau harga rumah tersebut below market, memang cepatlah
kena jual.
STEP 4: Bayar booking.
Dah tengok. Berkenan? Anda boleh cuba nasib dengan Negotiate
harga jika dirasakan perlu. Bayar booking. Booking dengan ejen ni biasanya 3%
daripada 10% harga rumah. Contoh harga rumah
RM200,000. 3% = RM6,000. Ambil RESIT booking! Dalam resit tu ada
dinyatakan tempoh berapa lama untuk dapatkan loan.
STEP 5: Apply loan bank.
Selepas bayar booking fee, anda akan diberikan tempoh untuk
mendapat pinjaman bank. Sediakan dokumen yang cukup awal-awal supaya permohonan
loan anda tak terlengah. Anda boleh cuba mohon pada seberapa banyak bank yang
boleh untuk memastikan anda banyak pilihan jika loan direjek oleh sesuatu bank.
Dan jika anda orang Islam, saya nasihatkan guna Loan yang patuh syariah demi
keberkatan.
STEP 6: Menilai hartanah.
Pegawai bank akan datang ke rumah untuk buat penilaian harga
pasaran terhadap keluasan rumah dan keadaan rumah. Kalau harga pasaran yang
dinilai kurang daripada harga jualan, bank akan bagi pinjaman setakat harga
pasaran. Makna kata anda perlu bayar downpayment lebih dari 10%. Sebab tu
dinasihatkan untuk membeli rumah yang tidak terlalu melebihi harga pasaran.
STEP 7:Cari peguam.
Ejen mungkin akan tawarkan peguam yang juga merupakan peguam
penjual. Kelebihannya ialah urusan jual beli akan cepat selesai. Mungkin dalam
sebulan dua dah boleh dapat kunci. Anda juga boleh melantik peguam sendiri jika
perlu.
STEP 8: Pantau peguam buat kerja.
Waktu ni patutnya anda dah tak perlu buat apa-apa. Peguam
yang akan uruskan. Tapi, kalau anda dapat peguam yang tak efisyen, anda kena
sentiasa follow up. Seminggu sekali follow up. Urusan pengeluaran akaun 2 KWSP
juga akan dimaklumkan oleh peguam. Jangan percaya 100% dengan peguam, kalau
mereka lambat anda kene follow up. Terdapat banyak kes Peguam tak efisyen buat
kerja menyebabkan proses membeli rumah menjadi lambat.
STEP 9:Selesaikan bayaran.
Anda perlu selsaikan bayaran deposit 10% rumah anda. Untuk
pembelian rumah kali pertama, anda boleh juga menggunakan akaun 2 KWSP.
STEP 10:Tunggu dapat kunci.
Buat pertukaran nama untuk utiliti rumah anda seperti
Elektrik (TNB), Air (syabas kalau kat selangor)dan Indah Water.
Semoga anda dapat memiliki rumah idaman anda.

